Thursday, 9 October 2014
Gagasan Semangat Luarbiasa
9 Oktober 2014
Kadangkala kita yang sudah biasa disakiti akan merasa kekebasan. Kebas, tak mampu untuk merasa kepedihan atau derita. Hanya deraian air mata yang mengalir.
Aku punya hak untuk menarik balik catan semalam. Catan yang aku jadikan inspirasi agar hari yang mendatang bisa aku harungi dengan tabah. Namun, onak itu merapuhkan aku, membingungkan aku lantas menyesatkan matlamatku; untuk mencekalkan semangat. Aku insan lemah tidak punya gagasan tenaga yang boleh menolak aku untuk terus bangkit dengan diri sendiri.
Aku perlukan semangat; semangat yang luarbiasa. Tatkala aku duduk berbuaiakan mimpi memikirkan bahawa aku ini sang legenda penakluk dunia yang mampu mengenggam dunia, aku dipangkah, dicantas menenggelamkan lagi aku yang lemah di dalam takungan toksin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment