Wednesday, 8 October 2014
Sekitar Aku
SEKITAR AKU #2
Catan 20 September 2014
Kewujudan Samurai bukan sahaja menimbulkan sengketa malah masalah yang semakin memburuk. Tidak pernah aku tahu bahawa pihak sekolah akan mendedahkan keaiban itu. Curigaku bertambah apabila kemesraan terjalin diantaranya dengan guru besar.
Apakah hubungan mereka kedua?
Cara pakaiannya telah sedikit-sebanyak menarik perhatian pelajar-pelajar di sekolah. Taring harimau dijadikan hiasan di kaki. Rantai tengkorak yang terjuntai dari beg sekolah... Apakah maksud itu? Adakah dia seorang peminat band yang terkemuka ataupun itu hanyalah trend yang tak pernah aku ikuti.
Aku tidak kuasa untuk membuat sebarang andaian atau tuduhan ke atasnya sementara tiada perkara yang curiga yang berlaku. Namun itu tidak menghentikanku dari menyiasat dirinya semakin hari semakin mengelirukan.
Syana dan Hazrah turut tertarik dengan Samurai. Pelik sungguh apabila keaiban itu didedahkan, tambahan pula aku, Syana dan Hazrah yang dahulunya disuruh mengunci mulut agar ia tidak diketahui ramai.
Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut kata Cikgu Zaqwan.
Adakah apa yang dibacaku di diari Suhana dahulu betul? Akan adakah perkara karut itu, menghantui kami menceraikan setiap nyawa dari jasad?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment